Saraswathy Kandasami

Saraswathy Kandasami adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dilantik pada 10 Disember 2022 atas kapasiti sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia.[1] Di peringkat akar umbi, beliau adalah merupakan Naib Presiden (Lantikan) Parti Keadilan Rakyat.[2] Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022, beliau telah ditewaskan oleh penyandang kerusi Parlimen Tapah, M. Saravanan.[3]